
1. Jangan Simpan Dalam Poket
Bagi lelaki yang suka menyimpan handphone (hp) didalam poket seluar,  sebaiknya sebaiknya selepas membaca ni akan berfikir dua kali kerana, hp  menghasilkan medan elektrostatik & elektromagnetik yang  mengakibatkan ketidaksuburan lelaki.
2. Jangan Guna Dekat Barangan Elektronik
Jangan gunakan hp ketika isyarat lemah berdekatan barangan elektronik  berkuasa tinggi. Contoh barangan elektronik mengeluarkan medan elektonik  yang tinggi seperti televisyen, oven, peti sejuk, radio dan lain-lain..  daya yang dikeluarkan oleh barangan tersebut boleh mengakibatkan  kebakaran pada printer circuit board (pcb) dalam hp terbakar.
3. Jangan Dekat Dengan Kunci Kereta
Dalam keadaan tertentu, hp yang digunakan dalam kendaraan akan  memberikan impak kerosakan terhadap peralatan elektronik kenderaan. Hp  yang diletakkan terlalu dekat dengan kunci kenderaan boleh mangakibatkat  terhapusnya kod yang ada dalam sistem elektronik pada kunci kenderaan  tersebut.
4. Jangan Dekat Dengan Komputer
Komputer & hp  adalah alat yang gelombang elektromagnetik. Jika berada dalam jarak  yang dekat, maka keduanya akan saling merosakkan. Anda tentu tidak ingin  kalau kedua-dua gajet kegemaran anda kerosakkan ?
5. Jangan Simpan di Tempat Bersuhu Tinggi
Tempat bersuhu tinggi, kelembaban tinggi, & berdebu merupakan geng  musuh hp anda.. Mungkin anda tidak menyedari yang anda sering kali  “menjemur” hp anda di atas dashboard kereta, tingkap & beg.
6. Jangan Meletakkan Kad SIM Dekat Magnet
Bahaya kad SIM dekat dengan benda-benda yang mengandung magnet kerana  radiasi yang dipancarkan. Hp juga berkebolehan untuk merosakkan kad  memori & kad kredit anda.
7. Jangan Dekat dengan Logam
Hindari hp anda daripada berdekatan dengan logam-logam kecil kerana  speaker hp anda akan menarik benda-benda tersebut. Hp akan mengalami  kerosakan fizikal.
8. Jangan Dekat Alatan Hospital
Kebanyakan hospital adalah tempat yang paling tak sesuai untuk hp.  Selaian pesakit memerlukan ketenangan, peralatan media seperti alat  bantuan pendengaran & alat pengepam jantung akan terganggu. Jangan  kerana hp, anda menjadi seorang pembunuh dalam senyap
9. Jangan Dekat Dengan Gas Yang Mudah Terbakar
Gas merbahaya kerana mempunyai tekanan yang tinggi dan juga mudah  terbakar. Berada dekat dengan gas yang mudah terbakar boleh  mengakibatkan hp anda tidak berfungsi dengan baik.
10. Jangan Basah
Rasanya kita semua sudah tahu betapa bahayanya air bagi hp. Air juga  musuh kepada kamera hp.. Apatah lagi ketika musim hujan, boleh  mengundang banyak masalah. Bagi penunggang motorsikal, bersiap sedialah  untuk menyembunyikan hp anda sebelum hujan tiba.
 
 
Title : Jangan Lakukan 10 Perkara Pada Telefon Bimbit
Description :   1. Jangan Simpan Dalam Poket  Bagi lelaki yang suka menyimpan handphone (hp) didalam poket seluar,  sebaiknya sebaiknya selepas membaca ni...